Friday, August 13, 2010


UNTUK DIA LAGI :


Awak , saya tertanya tanya kenapa semasa hayat awak dulu awak tak pernah nak telefon saya.kadang-kadang saya musykil.saya kecewa sebab tak dapat dengar suara awak untuk kali terakhir.Awak.saya saying awak sangat2.Dan saya tak tahu berapa kali perlu saya ucap perkataan tu.

Tak ada yang dapat faham saya.tak ada seorang pun yang akan faham.Sayang yang saya ucapkan tak sama dengan yang di hati saya.Mereka hanya dapat melihat.Mereka melihat saya tersenyum,ketawa,gembira.Tapi hanya saya yang tahu itu semua tipu belaka.Saya tahu walaupun saya tersenyum,di sebalik semua itu hati saya cukup merana.Saya cukup menahan rasa sakit.

Parut yang tercalit sejak awak pergi meninggalkan saya masih berbekas.Dan disebabkan parut itulah saban malam saya menangisi pemergian awak.Saya puas bila saya menangis.Seolah-olah saya marahkan diri saya.Saya tak jaga awak elok-elok sehingga awak berprasangka buruk pada saya.Saya tahu itu bukan salah awak.Awak hanya terlalu cemburu.Tapi saya tahu awak masih sayangkan saya.

Terus terang saya katakana,hanya awak seorang yang dapat mencuri hati saya saat ini dan selamanya.Saya perlukan seumur hidup saya untuk terima hakikat yang awak dah taka de.Saya perlu terima tu ! awak , saya sayang awak.*entah yg keberapa* .saya perlukan awak.

always missing you,
afiah dilla