Sunday, June 05, 2011

keinsafan dari hati

" Tuhan ku , aku tidak layak untuk syurgamu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakamu.Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ampunkanlah dosaku sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar.ALLAH tuhan ku"

Sudah lama rasanya aku tidak mengucap syukur kepada ALLAH.Sudah lama rasanya aku melupaka DIA.Hidup yang penuh dosa dan tidak berkat ini semua kerana aku yang melupakan-NYA .Aku mahu berubah.Itu azam ku.Aku tidak mahu lagi meninggalkan solat.Aku tidak mahu lagi lalai kepada suruhan-NYA.Cukuplah sampai disini aku bergelumang dengan dosa.Aku bersyukur kerana ALLAH masih memberi peluang kepada ku untuk menyadari kesalahan ku.

Aku mahukan kejayaan yang diredhai oleh-NYA . Aku mahukan penyuluh yang diberi oleh-NYA supaya hidup ku tidak lagi gelap.Aku mahukan perubahan dan aku akan berusaha ke arah itu.Aku tidak mahu lagi ALLAH melupakan aku.Aku mahu menjadi hamba yang taat kepada-NYA.Sudah cukup aku tersilap dan sudah jauh aku berjalan tanpa rahmat dan doa-NYA.Aku mahu kembali ke jalan yang benar.Jalan yg DIA redhai.

Wahai SYAITAN LAKNATULLAH ! pergilah engkau dari hidupku.Jangan ganggu hidupku.Jangan kau hasut diriku.Sesungguhnya aku tidak akan lagi tunduk kepada ajaranmu.Aku tidak akan lagi mendengar bisikan iblis darimu.!! kau adalah syaitan yang DILAKNAT ALLAH ! jangan kau hasut lagi diriku kerna aku tak akan lagi tunduk dan mendengar ajaran sesat darimu.

semoga aku berjaya dalam hidupku atas redhaMU.